Friday, November 5, 2010

CLOTH DIAPER

Tahukah anda?

Kos seorang anak kecil yg memakai lampin bayi pakai buang sekurang2 selama 3 tahun adalah lebih drpd RM3000.. tak percaya? mari kita kira..
anggaran kos 1 lampin pakai buang/disposable diaper/DD ialah
5 kupang/50 sen atau RM0.50 utk sehelai
anggaran seorg bayi memakai 6 helai DD sehari, oleh itu :
RM0.50 x 6 helai = RM3.00 sehari
RM3.00 x 365 hari = RM1095 setahun
RM1095 x 3 = RM3285 untuk 3 tahun

itu utk seorang anak, kalo 2 atau 3 atau 4 anak? anda kira le sendiri...

kini teknologi makin canggih, manusia makin bijak... mcm2 direka utk menjimatkan duit... lampin kain moden/modern cloth diaper kini dihujung jari anda. fungsinya sama seperti disposable diaper, tp yg ini selepas pakai tak perlu dibuang, anda cuma basuh dan pabila kering dipakai semula berulang-ulang kali tanpa perlu membeli lampin lagi setiap bulan.. mudahkan.. kosnya juga murah... tak percaya? mari kita kiraaa...

anggaran kos 1 lampin kain/cloth diaper/CD ialah 30 ringgit atau RM30 sehelai
anggaran seorg bayi memakai 6 helai CD sehari. anda boleh sediakan 12 helai utk seorg bayi. oleh itu

RM30 x 12 helai=RM360

ha... hanya RM360 dan CD ini anda boleh ulang pakai, basuh dan pakai, basuh dan pakai sehingga bayi anda berumur 3 tahun.... dah tak perlu keluar duit utk beli lampin lagi... kecuali la lampin kain anda koyakkan... kena la pandai jaga kan...

saya telah mencuba utk bayi saya, ianya memang berbaloi... nak cuba atau pertanyaan? cuma klik gambar di atas utk maklumat lanjut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...